Model Pixel 6 dan Pixel 6 Pro telah menjadi bualan hangat di kalangan pengguna internet dengan pelbagai informasi yang menarik mengenai telefon ini. Rekaan konsep yang premium serta jangkaan kamera yang hebat menambahkan lagi keterujaan orang ramai untuk mendapatkan kebenaran daripada pihak Google sendiri.

Terbaharu, Google secara tidak sengaja telah mengesahkan kehadiran model Pixel 6 dan Pixel 6 XL apabila nama tersebut telah terpapar melalui sebuah Google Form untuk pembangun permainan.

vocket-news-pixel-konten-1
Sumber Gambar: 9to5

Menerusi pendedahan yang dibuat, ia menguatkan lagi tentang kewujudan siri model Pixel terbaru ini serta menyangkal dakwaan mengenai nama Pixel 6 Pro atau Pixel 6 Ultra yang tular di internet. Siri Pixel 6 bakal mendapat sokongan kemas kini sehingga lima tahun serta hadir dengan kemas kini Android yang terbaru iaitu Android 12.

Kebiasaanya pihak Google akan melancarkan telefon pintar mereka pada bulan Oktober. Sama-sama kita nantikan pelancaran model terbaru Google yang bakal dilancarkan beberapa bulan sahaja lagi.

Anda pasti kagum melihat ketahanan telefon Google Pixel 4 ini kerana hanya terdapat sedikit retakan selepas jatuh dari tingkat 11 apartment.

Sekadar Retak, Lelaki Ini Kagum Google Pixel 4 Beliau Masih Beroperasi Selepas Jatuh Dari Tingkat 11

Sony Xperia 1 III Bakal Ditawarkan Pada Harga RM5,799 Di Malaysia